top of page
Search

MTFA agih biasiswa bernilai $58,000

​Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) mengagihkan biasiswa bernilai $58,000 kepada sembilan pelajar peringkat pos-menengah dalam satu majlis di Darul Ihsan Lilbanat di Wan Tho Avenue petang tadi.


Para penerima terdiri daripada seorang pelajar politeknik, seorang penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan tujuh pelajar universiti setempat.



Biasiswa yang diberikan bernilai antara $5,000 dengan $10,000.


Di majlis itu juga, anugerah dermasiswa diberikan kepada 217 pelajar, menggunakan sumbangan zakat yang dikumpul MTFA dan juga sumbangan tambahan daripada persatuan itu.


MTFA turut menderma sejumlah $205,000 kepada empat madrasah setempat di majlis tersebut.


4 views0 comments
bottom of page