top of page
Writer's pictureMTFA SG

MTFA bakal lancar inisiatif baru latih benefisiari memerlukan

Updated: Nov 29

Translation: MTFA will be launching new initiative to provide training for beneficiaries



Satu inisiatif baru yang menyediakan program latihan secara percuma atau bersubsidi kepada benefisiari paling memerlukan bakal dilancarkan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) menjelang Januari 2025, umum Presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, sempena acara Gala Makan Malam Ulang Tahun ke-120 MTFA di Hotel Shangri-La pada 3 November


Satu inisiatif baru yang menyediakan program latihan dan kelas keagamaan secara percuma atau bersubsidi kepada benefisiari paling memerlukan bakal dilancarkan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) menjelang suku pertama 2025.


Inisiatif yang diberi nama Hab Pendidikan Ihsan (IEH) itu bertujuan meluaskan skop perkhidmatan dan program MTFA, umum Presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah.


Encik Abdul Rahman membuat pengumuman itu ketika berkongsi kepada pihak media sebelum acara Gala Makan Malam Ulang Tahun ke-120 MTFA di Hotel Shangri-La pada 3 November.


Beliau berkata inisiatif baru ini akan menyediakan program latihan vokasional dan pendidikan secara percuma atau bersubsidi kepada mereka yang paling memerlukan dalam kalangan benefisiari MTFA, serta masyarakat tempatan secara lebih meluas.


Hab itu, yang kini sedang menjalani permohonan lesen sebagai pertubuhan latihan yang diluluskan, akan dapat menjana pendapatan sendiri agar ia dapat terus menyokong keluarga yang memerlukan sokongan, tambahnya.


Idea bagi inisiatif ini, katanya lagi, tercetus setelah sebahagian penerima MTFA melahirkan hasrat mempelajari ilmu agama, antara lain, tetapi berasa malu untuk tampil ke masjid.


Encik Abdul Rahman berkata program inkubator pertama yang dilaksanakan pada Ogos 2024 di bawah Hab Pendidikan Ihsan itu juga berjaya mencatatkan pencapaian memberangsangkan setelah ia berjaya menghubungkan asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dengan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah di serata Singapura.


Daripada 80 benefisiari, program tersebut telah berkembang untuk berkhidmat kepada hampir 150 benefisiari setiap minggu dalam isi rumah terpilih di serata Singapura, ujarnya.

“Kami sasarkan untuk menggandakan jumlah tersebut pada penghujung 2025,” ujar Encik Abdul Rahman.

Di samping Hab Pendidikan Ihsan, beliau turut berkongsi bahawa MTFA akan memperluaskan pusat rawatan dialisis buah pinggang atau Ihsan Kidney Care dengan penubuhan dua tapak rawatan terbaru di daerah Henderson dan Yishun – masing-masing mempunyai 45 dan 25 kerusi dialisis – pada suku pertama 2025.


Dalam laporan Berita Harian (BH) sebelum ini, pusat dialisis sedemikian mendapat lesen operasi pada Mac 2018 dan terletak di 21 dan 21A Norris Road.

Ia mempunyai 13 stesen dialisis lengkap dengan peralatan terkini yang mampu menampung sehingga 78 pesakit dalam seminggu.


Sejak beroperasi, ia telah melaksanakan lebih kurang 50,000 rawatan dialisis, tambahnya.


Dengan penubuhan pusat terbaru itu, beliau berkata ia bakal memanfaatkan sehingga 420 pesakit pada satu-satu masa merentasi ketiga-tiga pusat – sekitar tujuh kali ganda daripada jumlah pesakit yang dirawat sekarang.



Article by Berita Harian

0 views
bottom of page