top of page
Search

MTFA derma $50,000 pada Masjid Hj Muhammad Salleh

Translation: MTFA donates $50,000 to Hj Muhammad Salleh Mosque


BERI SOKONGAN: Presiden MTFA Encik Wasim Abdul Majeed (empat dari kanan) menyampaikan cek kepada pengerusi Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Khalid Mohamad (empat dari kiri) bersama ahli lembaga MTFA dan Superintenden Kelompok Masjid Daerah Selatan Muis, Ustaz Hafiz Rashid (kanan). - Foto MTFA


SEBANYAK $50,000 telah diderma kepada Masjid Haji Muhammad Salleh oleh Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) semalam bagi menyokong usaha naik taraf makam Habib Noh, yang terletak di sebelah masjid itu di Palmer Road.


Derma berbentuk cek itu diberi kepada pengerusi masjid, Encik Khalid Mohamad, dalam majlis yang dihadiri ahli lembaga MTFA dan wakil Masjid Ugama Islam Singapura (Muis).


Dalam kenyataannya, MTFA berkata selaras usaha pengumpulan dana masjid itu bernama 'Projek Infaq', derma itu akan digunakan untuk memulihkan semula, makam serta masjid itu kepada keadaan "asalnya."



Article by Berita Harian

Written by Harith Mustaffa

43 views0 comments

Comments


bottom of page