top of page
Writer's pictureMTFA SG

MTFA terima van dari Gain City

Updated: Dec 3, 2024

Kenderaan untuk kegunaan penghuni Darul Ihsan selain bawa pesakit berkerusi roda ke pusat dialisis




Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA), yang mengendalikan Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, menerima sebuah van mini yang telah diubah suai sebagai sumbangan daripada Gain City pada 14 November.


Van itu, diubai suai untuk mengambil pesakit berkerusi roda ke pusat dialisis Ihsan Kidney Centre (IKC) di Norris Road.


Ia juga digunakan untuk membawa kanak-kanak dan penghuni muda Darul Ihsan ke lawatan pendidikan, janji temu penjagaan kesihatan dan sesi dialisis.


Di samping itu, sumbangan van mini itu, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Gain City, telah diserahkan secara rasmi dalam satu majlis penyerahan di pusat Norris Road, dengan sokongan Gain City dan Yayasan Lee.


Dalam satu kenyataan bersama pada 15 November, IKC dan MTFA berkata:


“Sumbangan bermakna ini akan meningkatkan sumber pengangkutan, memastikan akses yang cekap dan boleh dipercayai kepada perkhidmatan penting kepada penerima bantuan MTFA.”





Van mini itu akan memberi sokongan kepada kededua Darul Ihsan dan IKC.


Bagi Darul Ihsan, van tersebut akan digunakan untuk membawa kanak-kanak dan penghuni muda ke lawatan pendidikan, program pengayaan, serta janji temu perubatan.


Sementara itu, bagi IKC, van itu akan memudahkan penghantaran pesakit dan bekalan perubatan.


Merakamkan penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader al-Aidaroos, berkata:


“Sumbangan ini akan memberi kesan yang mendalam, membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dengan mobiliti dan penjagaan yang lebih baik.”


Tambahan, MTFA akan membuka dua lagi pusat dialisis buah pinggang di Yishun dan Henderson di suku pertama 2025.


Kedua-dua pusat baru itu akan melengkapkan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan pusat dialisis Ihsan Kidney Care (IKC) di Norris Road.


“Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MTFA dalam memperluas perkhidmatan serta komitmennya terhadap penyediaan penjagaan kesihatan berkualiti,” kata Dr Abdul Qader.



7 views
bottom of page